Wednesday, December 29, 2010

HoN versus DoTA

Genap seminggu aku main HoN. Tiba-tiba rasa nak share kat sini pasal pro & cons compare dengan Dota.
Macam yang kita tahu, HoN ni game yang telah di adaptasi dari Dota. Map sama. Gameplay pun sama. Ada creep, tower, runes, Roshan, dan lain-lain.

Macam yang aku tengok, HoN tak la tiru bulat-bulat material kat Dota. HoN dah tukar macam-macam antaranya struktur map, karakter setiap hero (appearance and skills), items, shops, dan banyak lagi.

Tapi ape yang aku nak tekankan pasal HoN ialah pro & cons-nya iaitu :

Pro : -
  • Game Reconnection : Kalau dalam game tiba-tiba ter-disconnect; katakanlah cable network tercabut ke, game masih boleh diteruskan hanya dengan re-login HoN dan akan ada pop-up "300 second to reconnect!" - click Reconnect dan enjoy game tadi.
  • Leaver Protection : Setiap akaun akan ada rekod bagi setiap game yang dah main. Auto-record. Leaver akan ada penalty. So, kalau nak main boleh check statistik akaun orang lain samada peratus leaver dia tinggi ke tak.
  • Stats Tracking : Setiap akaun akan ada win / lose record, leave game percentage, kills / death ratio, last 20 games played (blh tengok balik score game yang lepas² dengan info² lain skali eg; date, time & winner) dan banyak lagi.
  • Team Balance : Sebelum game start, host boleh balance-kan team. So player akan bertukar team secara automatik mengikut PSR (tengok pada Win / Lose rate). So takde lah 1 team tu semuanya noobs.
  • Lock Slot : Boleh lock slot kalau ada member. So bila teambalance, slot yang dah lock tu takkan bertukar. Boleh main dengan member dalam masa yang sama game tu balance. Nice!
  • No Hacks! : Tiada hack dalam HoN samada maphack / custom kick / bug map dan sebagainya.
  • Server Hosting : Host untuk semua game bukan player yang host tapi server. Boleh create game tapi yang host ialah server. So, game akan smooth sebab speed base on server.
  • Clan systems : Tak perlu level 25 (macam kat Garena) untuk buat clan sendiri. Dan setiap clanmate akan ada tag secara automatik. Contoh nickname: Abu. Clan tag : OMG. So, nickname akan jadi [OMG]Abu. Tak perlu nak buat id sama setiap clanmate. Kalau leave clan, nama kembali pada asal, tiada tag.
  • Banyak lagi! Tak larat nak cerita dah. Kalau nak tau, sila main HoN. Hahaha..


Cons : -
  • Not User-Friendly : Banyak icon / features yang tak user-friendly. Icon kecik, gelap (susah nak cari, kalau tengok macam tak boleh click je)
  • Graphics : Game yang mempunyai grafik yang sangat tinggi. Kalau grafik kad tak cukup kuat, game boleh crash & auto-quit. Sukar untuk mereka yang mempunyai PC tetapi grafik kad kurang momentum untuk bermain HoN.
  • Installer & Beta keys : HoN perlukan installer. Nak install lak sangat lama. Lepas install, nak main kena ada beta keys untuk register akaun & activate. Tak seperti Dota yang mana just copy and paste folder Warcraft 3 dan boleh terus main.
  • Server Maintenance : Bab ni normal kot. Time ni game akan ada lag / spike. Kadang-kadang game tak di-record. Ratio tak berubah.
  • Heroes, Skills & Items : Banyak hero Dota yang takde dalam HoN. Contohnya Pugna. Penampilan hero pulak ada yang mengarut. Skills dah diubah jadi ada skills yang tak menarik. Items ok la tapi bagi aku susah nak faham sebab bila click satu-satu item, nanti dia lari pegi windows item lain pulak.



Sesi pick hero :

- 0:12 tu timer untuk pick hero.
- kalau nak random, click dadu kat atas timer tuh.
-kalau nak repick atau swap hero, click kat icon bulat kecik bawah nama player.
- nickname yang ada tag tuh dah ade clan.
-kat kiri/kanan circle hero tu boleh add buddy, check status, lock slot & send IM.
- ada channel kat kiri chatting box. Game tu chat dalam game. Match id tu akan appear chatlogs korang berborak dalam game dari awal sampai habis.
- right click kat nama player kalau nak swap slot atau kick player.



 
 Account Statistics

- ada win / lose winning percentage.
- leave percentage.
- most played hero pun ada.
- kills / death / assists ratio pun ada.
- wards place kalau ade main wards.
- kills neutral creep pun ada record!
- ada rekod brape kali dapat 1st blood, triple kills, wicked sick bla bla bla.. 
- boleh tengok balik last 20 matches punye scoreboard. 

Senang ada sistem macam nih. Boleh trace leavers / feeders..

Tapi bagi aku, Dota tetap best! Game yang mudah difahami, tak leceh, hero & skills lebih menarik. Dota jadi tak best sebab full of hacks and leavers! Kalau sistem Dota macam HoN, confirm umat-umat yang bermain HoN akan lari bertempiaran mendapatkan Dota. 

Mintak-mintak la Dota 2 ada sistem macam HoN............


 

Tuesday, December 28, 2010

Dota kat Orange!

Aku sangkakan weekend aku bosan tahap dewa, rupanya tidak! Seronok².. Sebab ada orang ajak main Dota kat Orange. Main suka-suka je pun tapi best sebab main combo baru. Hahaha..

Ni yang seronok bila main dengan kawan-kawan. Takde leaver. Takde flamer/dotards. Hampir kesemua game malam tuh (2 malam - Jumaat & Sabtu) berakhir dengan kemenangan 20 - 30 minit.

** Dotards tu orang yang main Dota bila mati-salahkan-teammate-padahal-salah-dia. Ataupun, dia je yang pro, orang lain noob. Nak kena ikut cakap dia baru boleh menang. Stok menyumpah² mak bapak pun ade dan contoh-contoh yang seangkatan dengannya **

Tapi ada dapat 1 game draft & 1 game dengan budak2 Orange tuh. Menang bergaya. Hehehe.. Tapi sorang tu bengang gila dengan budak-budak team dia. Mengamuk kaw-kaw. Diorang pun dalam CC Orange, so kitorang boleh dengar apa yang dia marahkan. Kitorang nak gelak pun tahan je. Kang lagi teruk pulak. Haha..

Dorang ajak main draft nanti.. Nak revenge sebab tak puas hati kalah 20 minit. Padahal kitorang tak lansi pun. Dia nak bawak 5 orang.Kitorang pun iye kan aje...

"Nanti korang bawak 5 orang. Aku bawak 5 gak. Set time. Kita draft", kata salah seorang daripada mereka (yang tengah bengang tuh)


"Ok", jawab Li ringkas.

So aku tunggu je kalau ada game. Ada orang ajak, aku main je. Lebih mudah jika begitu..   =)

P/S : Tetap seronok walaupun main hero yang sama banyak game.. Selamba je main hero yang aku tak pernah train. Hero apa?? Wakakaka!!


Mogul Khan Touch This!
 
Oleh kerana itu game yang terakhir malam tuh, kitorang pun bayar dan beredar lalu menuju ke RNK (Restoran Nasi Kandar) kat Ampang. Sesi kutuk mengutuk pun bermula sehingga subuh. 'Sengal' paling banyak kena bahan. Kasihan beliau... =)


 

Thursday, December 23, 2010

Tiada lagi kisah tentang Dota

Buat masa sekarang, aku dah tak update lagi cerita² pasal Dota nih. Sebab-musababnya ialah kerana jiwa rasa kosong apabila bermain Dota. Kalau dalam bahasa Spanish bunyinya "No feel, no passion".. =)

Jadi kat blog nih takkan ada lagi entri-entri pasal Dota termasuk la replays dan sebagainya SEHINGGALAH Dota 2 release! Wakakaka.. Apa itu Dota 2??

Aku malas nak translate. Click gambar bawah ni dan baca la sendiri. Haha..



Panjang sangat nak baca? Batalkan niat anda untuk membaca dan teruskan dengan menikmati beberapa gambar hero dalam Dota 2 kat bawah nih..  Cheers!



Morphling



 Bloodseeker




Traxex - Drowranger




Tinker???!




Lina Inverse - SO HOT!!!!


Tak sabar dowh nak main Dota 2 nih!! Cepat la kau muncul wahai Mac, 2011 ... Wuuuu...

  

Wednesday, December 22, 2010

Weekend yang membosankan bakal tiba...

Addoiyaii.. Bila kerja, rasa nak cuti. Tapi bila cuti, tak tau nak buat apa. Hal macam ni memang selalu berlaku kepada tuan empunya blog nih. Aarrgghh...

  • Nak berseronok atau nama lainnya menghiburkan diri sempena menghilangkan stress, malangnya duit tak ramai.
  • Nak berehat sambil menikmati hari cuti dengan menghirup udara segar, malangnya udara dah tercemar.
  • Nak tidur lama-lama menggantikan tidur-tidur yang kurang pada hari-hari sebelumnya, tak best jugak sebab bila bangun je nanti mesti rasa rugi, buang masa lapang dengan tido. Hehe..
  • Nak membantu emak di dapur, malangnya tak reti buat kerja dapur. Jadi terpaksa batalkan niat murni tersebut.
  • Nak tengok tv, tv yang tengok aku balik. (Tak minat tengok tv)
  • Nak main Dota, bosan sebab akhirnya aku bermain seorang diri. Sebab 200 orang dari 225 orang kat dalam room tu semua leaver punya olang!

Apatah lagi minggu ni : 

  • Gelpren gi kenduri kat Johor. No dating. =)
  • Partner aku (Fik) yang setia main Dota dengan aku balik Taiping.


Maka aktiviti yang bakal beraksi untuk minggu ni mungkin :

  • Basuh motor - dah 2 minggu tak basuh sebab sekarang musim hujan (padahal malas)
  • Tengok movie - bosan tengok sorang² kat PC. Confirm tido lepas tengok.
  • Main Dota - kalau ada orang ajak main.
  • Main HoN - kalau dah memang tak tau nak buat apa!

Monday, December 20, 2010

Aku tak nak main HoN, tapi...

Dah lama aku tak update blog. Hmm, banyak benda nak buat lately. So update blog pun tunggu dah betul-betul free.

Sekarang dah tak best nak main Dota. Geng pun dah jarang online. Bila login je garena, takde geng nak ajak main. Nak update blog pasal Dota pun, macam takde je (sebab tak main).

Tengah bosan, tiba-tiba Li chat kat FB aku. Suruh aku try main HoN (Heroes of Newerth). Dia dengan Stone dah main. Li racun aku kaw-kaw. Siap cakap "Peng, main la. Ko ada talent". Pergh! Memang racun..



Dulu aku pernah main. Sekali je la sebab, pening dan sakit mata! Siapa pernah main HoN mesti tau macammana suasana ketika war. Hahaha.. berpinar mata cari hero sendiri. Apatah lagi nak cari hero opponent untuk kill.

Segala skill yang turun berwarna-warni dari langit, yang keluar dari bumi sehinggakan tanah merekah dan hancur, melintas seperti angin yang melibas dari kiri sehingga ke kanan monitor. Pedang dan lembing berterbangan. Kilauan laser memancar laju. Makhluk² aneh menghentak tongkat² mereka sekuat hati. Dan di dalam kesibukan pertembungan kedua-dua puak, terdengar suara hero-hero yang mengerang kesakitan dengan bermacam-macam bunyi tatlaka yang lainnya sedang menghembuskan nafas terakhir; gugur di medan perang..



  Contoh 1



Contoh 2


Hahaha! Memang muntah nak hadap sampai habis game. First time aku main, pening. Terus gi toilet pastu terbaring. Tak boleh tahan.

Tapi sampai satu hari bila aku main Dota seorang diri, 3 orang dari team aku leaver! Habis je game terus aku off Dota. Tension. Lepas tu buat apa? Install HoN dan main! Alang-alang game tu da macam Dota, aku main jugak la walaupun tak reti satu ape pun. Yang penting tak tension.  =)


Tapi nak pilih hero pening gak la.. nak cari yang sama macam Dota, memang fail!


Ape-ape pun, jangan salahkan aku sebab main HoN. Aku tak nak main HoN. Aku tak reti main HoN (walaupun menang beberapa kali). Sebab aku tak nak jadi macam Loda!!

P/S : Loda tu pro Dota. Tapi lepas dia fokus main HoN, start main Dota dia dah noob...  =)

   

Wednesday, December 15, 2010

Tips - Vol. 1

Beberapa tips yang berguna untuk dikongsikan bersama :


"If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles"

- Kalau korang tahu kemampuan musuh & kemampuan korang sendiri, korang tak perlu risau dengan keputusan setiap pertarungan.


"If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat"

- Kalau korang tahu kemampuan korang TETAPI korang tak pernah tahu kemampuan musuh, setiap kemenangan yang korang capai, akan sentiasa merasai kekalahan.


"If you know neither the enemy nor yourself, you will lose in every battle"

- Kalau korang TAK TAHU kemampuan korang dan juga musuh, memang korang akan kalah dalam setiap pertarungan.

  
"Do not repeat the tactics which have gained you one victory, but let your methods be regulated by the infinite variety of circumstances"

- Jangan ulangi taktik/strategi yang sama yang memberikan korang 1 kemenangan, sebaliknya jadikan taktik/strategi korang di atur mengikut berbagai-bagai keadaan.


"In war, the way is to avoid what is strong and to strike at what is weak"

- Dalam pertarungan, jauhkan diri daripada mereka yang lebih kuat dan hapuskan mereka² yang lemah. 


Sunday, December 12, 2010

Check this Out! - Garena Room Joiner

Yeah! Satu solution kepada Non-Gold Membership / Basic Members! Susah nak join room kan? Kesiannn..  Kena click banyak kali? Kesiann lagi..  Kena tunggu popup "5 second waiting"?? Hahaha.. Aku banyak kali kena. Mengamuk jugak la.  =)

Nak dapat Gold Membership kena bayar. Mahal jugak la. Kalau ada CC yang support Gold Membership kat customer ok la. Tak perlu bersusah payah nak masuk room mana-mana pun..

So, ada tools untuk memudahkan korang masuk mana-mana room. Tapi bukan macam Gold Member, click je confirm terus masuk. Bukan begitu ye..

Ni bukan hacks. Takkan kena ban dengan admin pun. Aku sendiri dah cuba. So, dont worry... 

Program ni hanya memudahkan korang untuk masuk room tetapi tetap kena tunggu sampai room tu ada ruang kosong. Langkah mudah as easy as ABC!

  • Download program ni (download link ada kat Downloads Page)
  • Dah siap download, boleh terus guna. Tak perlu extract, tak perlu copy/paste folder etc..
  • Log-in Garena
  • Run program.
  • Double-click kat room korang nak masuk.
  • Kalau tak lepas, dia akan keluar "Buy Gold Membership". Biarkan je dan sila tunggu.
  • Program tu akan auto-join room setiap 5 saat. So, tak perlu susah payah click / spam room banyak kali. Gi bancuh air, masak megi pun boleh.
  • Kalau dah dapat masuk room, akan keluar popup/balloon kat bawah-kanan dekstop. So, if korang nak close program pun takde masalah sebab korang dah pun masuk room! Haha..
  • Kalau nak tukar room, ulang step 4 dan seterusnya. 


  Lepas log-in Garena, run program Garena Room Joiner. Ada balloon notification.






Tak lepas masuk room. So biarkan je dia running sendiri. Tries tu akan sentiasa kira sampai la dapat masuk room. ** Jangan scroll mouse kat Room List time program ni sedang run/auto-join room**
























Dah masuk room! Akan keluar balloon notification bagi tahu dah masuk room. So boleh la close program.



Program ni boleh on / off sesuka hati. Juga tak kacau Garena / Warcraft pun. So kepada mereka yang berstatus Basic Member, try la guna program ni. Hahahaha.. 


  

Thursday, December 9, 2010

Draft Game : Rage vs [Pdm]

Bermula dengan ClanWar Room 3, game pun bermula. Kill - kill - mati - mati lagi - teleport - last hit - tak dapat kill - frust - farm balik - double kill! Tup tup.... ____ are disconnected! Nasib baik dah save game.

Aku pun load game. Tunggu yang disconnected tadi masuk room.Macam biasa, room clanwar ni kalau takde Gold Member memang berjanggut la nak masuk.

So diorang mintak tukar room. Kitorang dengan baik hati tukar la room secara berjemaah.

Tukar ke Tower Defense Room 01. Aku masuk. Terus load game tadi. Dah! Semua tak nampak game!.Memang patut la tak nampak, bukan room untuk Dota.  GG!

Tukar room lagi.. last-last sambung main kat Dota Room 72.. Adoiyai..




























DexteriousS tuh aku. Saje tukar nickname. Asyik guna Hemo[x]Hemo-| jek. Hehehe..

Pdm. Aku tak tau apa maksud dia. Tapi ada sorang cakap, Pahang Darul Makmur. Haha. Aku pun tak ingat siapa yang cakap tu..



Long membuli. Siot jek.


Lepas tu, kami tukar room balik ke ClanWar Room 3. Tamat.


 

Draft Game : Satu Malam Empat Pusingan

Ada 4 game draft.  2 game menang.  2 game lagi kalah. Tapi malangya, aku sempat save replay 3 game je.

Tak beringat main 4 game draft 1 malam.  Sebenarnya 5 game, tapi game ke-4 tu ada sorang dari team opponent asyik lag je.  Berkali-kali dia relog, dan berkali-kali jugak tukar-tukar host (termasuk dia host). Last-last cancel je main dengan diorang.

Di pendekkan cerita, game pertama tu menang mudah.  Game kedua & ketiga, kitorang kena tapau (bab yang ni memang wajib).  Last game kitorang menang.  Nasib baik menang, kalau tak memang tido tak lena la.

Bersama-sama ini disertakan sekali gambar dari game terakhir yang sempat di screen-shot kan :




























RuthL3SsOn3 tu ialah Zaidi. Pernah main dengan kitorang kat UCG. Fikri dah tarik dia masuk RAGE. Hehehe..

Poidlolo tu pulak Observer time tournament Raksasa dulu. Dia kenal aku tapi aku tak kenal dia. Sebab tak nampak observer kat mana. Maybe bila-bila boleh jumpa lepak minum-minum kot.


Game ni aku memang dah pening nak draft. Cincai sampai Doom pun boleh lepas!! Noob drafter~~




























Aren mati!! Hahaha.. So, tu la score time habis game. 26 minit je main.

Hmm, aku nak bagi orang lain drafter pulak. Tak larat nak pikir banyak-banyak. Hahahaha...

    

Monday, December 6, 2010

Cosplay Dota Tournament

Oh yeah! Ada tournament. Teruja nak join. Konon teruja, padahal jauh!

Tarikh                         : 12hb Disember 2010
Tempat                       : Cosplay CC, Manjung, Perak.
Yuran penyertaan  : Percuma
Team slot                  : 16 teams sahaja
Hadiah                        :  Tempat pertama - RM 1,000.00 & percuma 15,000 minit masa bermain.
                                       Tempat kedua - RM 500.00 & percuma 10,000 minit masa bermain.
                                       Tempat ketiga - Belum dikenalpasti. =)




 Comel je signboard CC Cosplay ni.


Tiada yuran penyertaan tetapi kena bayar untuk setiap game yang kita main. Satu jam RM 1.70. Hahaha.. Tapi berbaloi sebab 1st prize RM 1,000 tuh... Phewwwittt!!!

Aren tunggu nak register je. Amin boleh join sebab minggu ni dia kerja kat Ipoh. So dia takde masalah nak join. Li macam berminat. Tapi tak tau la kalau dia kena kerja hari tu. Aku ikut Fik sebab nak gerak dengan dia. Tapi malangya, Fikri tak boleh join sebab dia tengah kering.

Oleh kerana dia role yang penting dan sukar untuk mendapatkan pengganti, maka tournament ini terpaksa dilepaskan. So kena tunggu tournament yang akan datang..Harap bersabar ye En. Hemo Hemo.. Hehehe..



Sekian, harap maklum.

     

EHOME - The Undefeatable!

Mengulangi sejarah pada tahun 2008, EHOME dijulang sebagai juara SGNDT 2010 yang berakhir semalam di eCurve Damansara.

SGNDT 2010 - Tempat pertama sehingga tempat ketiga dimenangi oleh team dari China. EHOME telah memenangi RM 50,000 dimana LGD.sGty tempat kedua dan Nirvana.cn untuk tempat ketiga.

Nirvana.my tewas kepada EHOME kat semi-final. Sebab Mushi dah keluar dari Nirvana.my?? Ada kemungkinan.. hahahaha.. Rugi-rugi...

EHOME is a King of LAN Tournament. Mana-mana LAN Tournament, diorang confirm boleh sapu-all. EHOME jarang join online tournament sebab ping/connection tak boleh dijangka (Lag or delay problems)

Kalau nak tengok brackets / keputusan penuh SGNDT 2010, boleh tengok kat sini..



Tahniah kepada EHOME kerana berjaya mengekalkan kejuaraan walaupun ramai yang berkata "DTS tak join SMM SGNDT, boleh la EHOME menang"

Bagi aku, EHOME terbaik sebab walaupun diorang tak aggresif macam DTS (Europe), tapi gameplay, strategy & teamwork diorang memang awesome, excellent & unpredictable!!


   

Friday, December 3, 2010

SGNDT '10 Start Today!!

Nama pendek SGNDT, nama panjang SMM Grand National Dota Tournament. Tourney ni berlangsung selama 3 hari dari 03-12-10 sehingga 05-12-10 bertempat di Curve, Damansara. Macam nak pergi tengok, tapi jadual minggu ni pack! Hohoho.. Nak tengok final je pun.

Banyak jugak team-team import dari Singapura (XtC), Thailand (Roccat.Trust), Indonesia pun ada jugak (Ritter, Alienware.DG).. Tapi most team is a local team..

Tahun 2008, EHOME champion. Time tu aku tengok final kat Times Square. Top 3 semua team dari China.
Kingsurf (Malaysia) team dapat no. 4 je.. Aku nampak Yamateh menangis kat belakang stage!! Phewwwit!!

Tapi tahun ni Nirvana.my (old Kingsurf) tengah naik. Satu dunia kenal Nv.my ni. Harap-harap team yang represent Malaysia menang.. Takkan nak bagi outsider je yang jadi Champion??? Hahaha..

~~  Good luck kepada semua team yang participate dalam SGNDT '10. Kalau ada rezeki, korang dapat la jumpa aku kat sana time final !! Korang kan fans aku?? Hahaha..~~


 

Thursday, December 2, 2010

Switching Role - In Progress

Kenapa nak tukar? Hm, jawapannya - nak cari kesesuaian pemain dengan role. Haha.. Lately aku nampak role yang asal kurang sesuai dengan pemain. Buat masa sekarang, aku tengah buat kajian (monitoring) dengan game-game yang kitorang main. Ada perbezaan atau tak kalau role yang dibawa tu berubah-ubah.

Sekiranya ada perbezaan yang besar dan memerlukan mereka membawa role yang baru, dimana role baru itu mampu memberikan kemenangan, kita akan dapatkan persetujuan teammate untuk switch roles. Kalau tiada sebarang masalah, role akan dirombak serta merta. It is all for our own good. If we want to achieve something, we have to sacrifice something.  =)


Roster | Role terkini :

Peng 'HemoHemo' | Killer, Carry
 Fik 'Oni8' | Warder, Ganker / Supporter
 Amin ' Brago' | Ganker, Supporter
 Stone 'Sengalgay' | Tanker, Ganker
 Li 'Capero' | Any Role

Stay tune...



 

Wednesday, December 1, 2010

Arip Botak Masuk Wad

Hmm.. semalam aku dapat SMS dari Arip. Dia tanya pasal friendly match hari tu. Kitorang kalah lagi, 2 game..Hehe..
Dalam kerancakan berbalas SMS, bukak cerita pasal dia demam. Setahu aku dia demam dah lama. 2 minggu lepas lagi. Tapi sebab musabab tidak diketahui.

Dari apa yang diceritakan oleh Arip sendiri, dah 3 hari dalam wad kat HUKM. Doktor tak tau nak confirmkan apa punca sebenar demam si VS nih.. Misteri jek.. Demam 11 hari, bukan denggi, nak kata kencing tikus dia tak masuk hutan pun.. Hmmm.. Jumaat ni dia kena jumpa doktor balik.

Aku doakan Arip cepat sembuh. Dia pun dah sangap nak asah bakat Dota dia. Apa-apa pun, tunggu betul-betul sembuh dulu, baru boleh beraksi seperti biasa.. Hahaha..

Updated : Dota Videos!

Pheewitt! Ada video Dota kat YouTube yang menarik untuk di tonton setiap minggu..

Video Title : Dota - WoDota Top 10 Weekly
Video Maker : SK.Exia_CN
Author / Channel : WoDota

Macam mana dia boleh update weekly? Sebabnya si WoDota ni akan collect replays daripada public. Kalau ada replays yang dia terima tu ada gameplay menarik, hebat, mengagumkan, penuh gaya dan skill senang cerita apa-apa yang bagus untuk di-videokan, WoDota ni akan cut & start making a new video. Kadang-kadang dalam replays team-team yang pro pun takde action macam dalam video ni. Sebab dia ambik random dari public. Public ni pulak bukan semuanya noob. Hehehe..

Rank dalam video ni tak penting sangat pun. Sebab kadang-kadang rank 5th sepatutnya 1st rank dan sebagainya. Tapi yang penting semua video dia cut action-action yang awesome & superb dari replays! Video pun di-edit dengan baik, jelas dan mudah difahami. Tak rugi follow setiap minggu.

Boleh belajar benda baru. Aku pun tak expect ada action / skill yang memang tak logik tapi boleh buat & berkesan pulak tuh.. Enjoy gak..Hahaha...

Link for the latest video : Dota - WoDota Top 10 Weekly Vol. 26

Aku dah follow dari vol. 01 - vol. 26 ... Korang try la layan~~

Draft Game : Long Warder, Fik Killer!

Room : Clan War 3
Dipendekkan cerita, malam tadi lepas aku tengok movie badan aku rasa panas je. Aku nak tido tapi mata tak boleh nak lelap. Nak mandi, baru je lepas mandi.. Pastu si Fikri ni lak buzz aku kat Garena & YM (Dua-dua menatang ni memang aku on tiap2 malam) Dia ajak game.. Sangap la tu...Hahaha..
Check la dekat Garena, cukup pulak 5 orang. Selamba rambo aku gi cari opponent untuk draft. 
 
 
Dari atas : Aku, Mat (ID Baru), Stone, Long (pun ID Baru!), Fikri
Mat dah lama tak ber-dota. Dia risau feed / jadi punca kekalahan. Aku cakap "belasah je Mat. Kalah pun aku tak kisah" ... 
Let's begin!!
   
|| Bans ||

Sentinel : Enigma, Drow Ranger, Shadow Fiend | Ursa Warrior, Doombringer
Scourge : Morphling, Witch Doctor, Storm Spirit | Alchemist, Rylai


|| Picks ||

Sentinel : Vengeful Spirit | Sven, Windrunner ||  Kunkka, Pugna
Scourge : Rhasta, POTM | Lion || Tiny, Clockwerk Goblin

P/S : Simbol  | = Ban & Pick Phase.
Aku main Pugna solo top. Opponent tri-lane (Lion, Rhasta, Tiny). Sakit gak tak boleh nak push.
Main safe je la.. Fik lak Windrunner solo mid dengan POTM. Takde masalah. Relaks je..  

Bottom-lane ada Kunkka (Mat), Sven (Stone) dengan VS (Long). Clock tak boleh farm kot. Main rocket² jee. Hehe.. Thanks to Long sebab roaming..

Triple kill by Sven a.k.a Stone!!


Triple kills?? Tapi malang, a few minutes after this moment, ada sorang disconnect diikuti dengan Mat.. So reload game. Tak sempat save game lepas triple kills ni.. Padan muka kau, Stone! Hahaha..

So the result :

Winner : The Sentinel. Yeah!

Hehehe.. menang gak walaupun lepas reload main ntah hapa² jer. Masuk berterabur. Timing pun tak cun. Nasib baik la dah kurang mistake time nak push. Mat pun dah fat kaw-kaw tu.. tengok item dia.. Bukan calang² wooo...Wakakaka!

So, next time kalau ada draft aku roger kat group Rage Gaming je ok?

Chow~!!!

Monday, November 29, 2010

RAGE Gaming Group at Facebook!

Hallo!Baru teringat nak post pasal group Rage. Actually, aku dah create group untuk clan Rage ni. Motif?? Tujuan?? Objektif?? Well..

Group ni ditubuhkan bertujuan untuk memudahkan kami (Rage's Members) berhubung tentang apa saja. Bukan setakat Dota, kalau nak share cerita pasal binatang peliharaan korang pun boleh. Hahaha! But the major topic is Dota! Hehe..

Kalau nak tunggu YM, FB chat, SMS, Voice Call memang lambat. Kadang-kadang sampai takde kot. Haha, biasa la masing-masing ada komitmen. Sebab tu bila ada group ni, senang sikit nak berkomunikasi. Nak plan apa-apa events pun senang. Information terus sampai kat members. Nak discuss pun guna group-chat je. Semua boleh baca. Dah macam conference.

Blog Sudah Pulih!

Yeahhhh!! Tahniah kepada Hemo Hemo! Hahaha..

Mula-mula sekali, aku ingat blog ni dah kena delete. Rupa-rupanya ada internal problem. Jenuh aku pusing-pusing cari jalan nak selesaikan masalah blogger-do-not-found nih. Akhirnya settle jugak.

Banyak jugak aku tak update. Hampir semua game bulan ni aku tak update. Lately banyak friendly-game, pun aku tak dapat nak update. Hmm.. Since blog dah ok, aku akan update macam biasa. Heeee...

Jam dah hampir 5.30 petang. Gua nak get ready balik rumah, nak kasi ayam itik makan.. Hahaha.. Chow!

Friday, October 29, 2010

Sape berani join?!

Hahaha.. sumpah aku tak berani nak join. Macam tak main la jawabnye..


Malaysia's Top 3 Team - AEON.MuFc

Thursday, October 28, 2010

SMM GNDota Tournament. Revenge,Revival.

Fuhhh! Finally, ada jugak tournament area KL. Hmm.. tapi aku join kalau ade team la. Kalau dah betul-betul tak cukup orang, baru aku masuk sebab aku rasa performance aku kat Dota nih makin teruk. Noob gila.

Tapi member-member Rage mesti cukup punya. Ada Li, Fik, Amin, Epi, Long, Stone pun dah ok dah. Aku nak datang tengok je. Hehehe...

Tournament diadakan di 4 tempat sepanjang bulan November 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://forum.lowyat.net/topic/1616348 dan jika ada sebarang masalah, sila hubungi individu yang post threads tuh. Hahaha..

Actually belum penuh lagi detail untuk tournament ni. Prize, registration, team slot bla bla bla... mungkin akan di update dari semasa ke semasa. So, bak kate orang putih.. "Stay tune".. Hee..

So kalau ada sape-sape yang berminat nak join, boleh comment kat sini atau SMS / Call aku dengan segera!

Aku jadi orang tengah untuk form team (aku tak main, berlagak jadi macam Manager jek).. Hahaha!

Sunday, October 24, 2010

Draft Game : Team dengan BgL - Aku Warder.. Hoho!

Saja-saja lepak kat Clan War Room 3. Bosan gila. Test-market dengan spam "Im alone. Decent." kat lobby room. Rezeki tu ada. Hahaha.. Aku di-invited untuk main dengan team BgL. Team tu agak famous gak la. Ramai kenal BgL. Hehe..

BgL-Hon3y panggil aku. Haha..

So dengan selamba je aku join. Diorang pro so aku tak kisah pun kalau aku feed. Hahaha.. So opponent adalah seperti berikut :

Im a stranger!!

Semua kat top tu BgL. Kecuali aku dengan y3w. Tapi y3w tu macam real-friend diorang je. Cheri-Snow tu sebenarnya BgL-SnoW. Hehehe..

Yeah. Hero bans & picks.
Game Mode : -cm then -ap (after remake)
|| Bans ||

Sentinel : Doombringer, Witch Doctor, Pugna | Drow Ranger, Rylai
Scourge : Tidehunter, Storm Spirit, Windrunner | Puck, Obsidian Destroyer


|| Picks ||

Sentinel : Lion POTM | Kunkka ||  Necrolyte, Ogre Magi
Scourge : Earthshaker | Vengeful Spirit, Alchemist | Venomancer, Enigma
P/S : Simbol  | = Ban & Pick Phase.
Oleh kerana game ni aku join team orang, so aku main ikut ape yang diorang nak. Asalnya main Ogre Magi. Tapi lepas remake, kena main Lion lak. Diorang suruh aku main warder.Wakaka.. Aku main belasah je. Tapi nasib baik tak kene kutuk / complain. Hehehe.

Lion's unstoppable ended. Huuu..
Best jugak main warder / supporter nih. Main duduk belakang² je. Hehe.. tapi kalau dah kena aim, tak best gak la.. hahaha..

Game Finished!

Ni je la item aku. Duit ade 4k tapi tak beli apa². Save slot untuk Town Portal dengan Wards. Nak beli Dagger tapi tak sempat. Haha... Next game diorang ajak lagi, tapi game tu tak habis. Sebab opponent punya player sorang tu hilang. Load game tapi dia tak join.

Tapi game tu dah nak menang dah. Aku main Rylai. Still warder. Huuuuu...

Masa untuk tido. Penat. Chow~ ...


Friday, October 22, 2010

Real or Fake??!!

Aku lepak kat room 22.. terjumpa sorang mamat ni. Aku tak kenal. Tapi kalau betul la ape yang dia cakap, memang DOTA = Dunia Orang Tanpa Awek  laaaa...

1st


2nd
Last
Pergh! Bahaya tol Dota nih.. Tu baru setahun kapel. Kena yang 5 tahun, GG la~!!  Hohohoho...

P/S : Aku kenal ManjaLara tuh.. Hehe..

Thursday, October 21, 2010

Updated : Dota Videos!

Haloooo! Aku dah update Dota Videos. Boleh usha kat sebelah kanan blog, bawah About Me.
Sebelum ni aku share beberapa video dota kepunyaan Holy_Hexor. So, hari ni aku tukar dengan video-video dota dari Channel 'The Bloody Massacre Productions" - Team Mineski VideoMaker.

Video yang boleh share kat tepi tu 4 video je. Kalau nak tengok lebih, boleh terus ke YouTube.
Kalau bosan, boleh layan. Nice video. Tak percaya, sila tengok sampai habis. Heeee... =)

Wednesday, October 20, 2010

Draft Game : Gedu lagi.. =)

Gedu memang sayang aku la.. Hahaha..

Malam tadi aku nak prepare teks untuk tazkirah hari ni. Lama2 aku jadi pening. So, dengan sengaja aku online garena. Saja tengok anak buah.

Masuk Clan War Room 4, tiba-tiba ada orang panggil. Hahaha...

Diorang nak revenge kot.

Main jugak aku 1 game dengan diorang. Hmm, tapi aku terlupa nak screenshot match ni. Maka, aku tulis je la detail kat sini. Hehe..

|| Bans ||

Sentinel : Sand King, Broodmother, Doombringer | Morphling, Medusa
Scourge : Pugna, Obsidian Destoyer, Ursa | Drow Ranger, Earthshaker

|| Picks ||

Sentinel : Pandaren | Rhasta, Vengeful Spirit ||  Kunkka | Queen of Pain
Scourge : Rylai, Centaur Warchief | Necrolyte | Phantom Lancer | Lich
                        
Players : Fikri 'Oni8', Apeng 'HemoHemo', OracleVyner, Mat 'Akira', Arip 'Kryu'

P/S : Simbol  | = Ban & Pick Phase.

Kitorang Scourge..Diorang ban Sand King aku. Pastu siap pick Panda aku. Gila ar! Terpaksa main Centaur. Huhuhu..

2-2 team main tri-lane kat bottom. QOP vs Necrolyte kat mid. Lich vs Kunkka kat top.

Centaur tank vs Panda tank. Necrolyte lak showtime sebab dia sapu semua. Hahaha.. PL lambat owning sebab kena farm. Tapi dapat jugak kill sampai Monster-Kill. Necrolyte jangan cakap la. Holyshit-shit-shit.. Hahaha..

Anyway, terima kasih kat Gedu and friends sebab sudi ajak kitorang draft. Dah 4 game dah. Diorang in-training-mode macam kitorang jugak kot. Ok la tu, sama-sama training. Heee..


Draft Game : Tahniah! Dua game lawan Gedu.. Heee =)

Aku bernasib baik. Semalam tengah tension. Agak moody. So aku nak lepas tension kat Dota. Heee...
Dapat plak 2 game draft. Team yang sama dengan sebelum ni.

Tempat : Clan War Room 4

Review Game 1 :

but really..that panda was WOW to me..  (Hahaha!)

Ni team yang main dengan kitorang kelmarin. Host ajak lawan. Tengah tunggu lagi 2 player. Diorang duk borak-borak pasal Panda kat game hari tu. Aku post kat entri sebelum ni pasal game dengan team ni. Hehehe..

So players adalah seperti di bawah :

Tak sempat nak screenshot Draft-Box. Hehe
EtyInFlamez ialah Mat a.k.a Akira. Game hari tu dia main Phantom Lancer. So, player adalah sama seperti game terdahulu. Hahaha..

|| Picks ||
 
 Sentinel : Lion, Ursa, Rylai, Morphling, Pit Lord 
Scourge : Sand King, Puck, Juggernaut, Witch Doctor, Tidehunter


Winner : Scourge!


Secara ringkasnya : 
  • Game ni fight. Over 60 minutes..
  • Diorang ketuk Roshan sampai 4 kali. 2 Aegis Ursa ambik. 2 lagi Morphling ambik. Cheese, Pit Lord yang punya! Hehe..
  • Sentinel punya wards | 30 + 2 + 12 = 44 wards! Gila kentang!
  • Scourge punya wards | 2 + 22 + 2 = 26 wards je..


So, next game diorang ajak lagi sekali. Kira kali ke-tiga draft dengan diorang. Hehehe..

Review Game 2 :

Game started!
Nak sentinel tapi tak dapat. Aku draft pun still kene First Pick. Tak best tol..

|| Bans ||

Sentinel : Sand King, Broodmother, Obsidian Destroyer, Earthshaker, Morphling
Scourge : Alchemist, Storm Spirit, Doombringer, Ursa Warrior, Drow Ranger

|| Picks ||

Sentinel : Enigma, Tidehunter, Lich, Sladar, Tiny
Scourge : Vengeful Spirit, Pandaren, Rylai, Kunkka, Medusa

Good Job : Scourge
Hmm.. game kedua habis cepat. Wards pun tak banyak. Biasa-biasa je. Tapi kesian kat Mat, ayat dia time game nak habis.. "..aku macam takde je dalam game ni" ... No komen! Hahaha!!

Sekian...




I like this quote! =)

Well, aku terjumpa satu quote. Dan aku suka gila ayat dia. Hmm, memang sesuai dengan semua perkara termasuk Dota. Hahaha. Tapi yang aku nak fokus bukan Dota, tapi pasal quote ni.

"..if you win, do not comment. If you lose, do not make a reason. Win does not mean you are the best but winning is because you try harder to be better than before"

Hmm.. baru aku faham kenapa orang kalau kalah Dota pun boleh relaks. Tapi banyak kali aku jumpa kat pub-games, kalau yang kalah tu marah-marah, cakap lag, delay, salah hero, maphack bla bla bla....

Yang menang pulak akan cakap kat opponent tu noob, train more please, dan yang seangkatan dengannya. Komen macam-macam. Siap kutuk lagi. Belum matang lagi kot. Hahaha..

So, mulai dari saat ni aku nak ikut macam ayat kat atas tu. Menang releks. Kalah pun still relaks. Hehehe...

Tuesday, October 19, 2010

Draft Game : Akhirnya...

Heee.. tiba2 makin banyak lak draft-game memanggil-manggil. Tak boleh tahan. Ni game main semalam.
Lepak2 kat Clan War Room 4. Tup2! Ade orang panggil. "Hemo,if you got 5 come join Potty".
Dalam hati aku, "Macam mana aku nak stop draft?Kalau macam ni la gaya nye~" Hoho..

"Ok. I got 5. Save slot for us. Coming~".

Diorang melayu jugak rupanya
So, player adalah seperti di atas. Dari atas ke bawah, Aku-Mat-Dolah-Awes-Fik. Usha nick aku, saje je bubuh macam tu. Heee..

Ni hero kitorang!
Kotak kat tepi tu, hero-hero draft kitorang. Aku noob drafter. So jangan gelak tengok hero yang aku ban & pick. Malu kot...Hahaha~


|| Bans ||

Sentinel  : DoomBringer, Broodmother, Enigma, Obsidian Destroyer, Tidehunter
Scourge  : Storm Spirit, Necrolyte, Earthshaker, Sladar, Death Prophet

|| Picks ||

Sentinel  : Pugna, Sven, Morphling, Witch Doctor, Priestess of the Moon
Scourge  : Rylai, Sand King, Pandaren, Phantom Lancer, Warlock

I love Pandaren!!

Yezza!! Mangix aku berjaya Holyshit!   =)

Scorebox je.
Oleh kerana host leave dengan pantas, aku tak sempat nak SS scoreboard game ni. So, ni je la yang tangan aku mampu snap. Itu saja untuk game ni. Tak larat nak story game-flow.
Yang penting, KAMI MENANG!  <-- Kecoh sial! Ok ar, chow...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...