Friday, October 29, 2010

Sape berani join?!

Hahaha.. sumpah aku tak berani nak join. Macam tak main la jawabnye..


Malaysia's Top 3 Team - AEON.MuFc

Thursday, October 28, 2010

SMM GNDota Tournament. Revenge,Revival.

Fuhhh! Finally, ada jugak tournament area KL. Hmm.. tapi aku join kalau ade team la. Kalau dah betul-betul tak cukup orang, baru aku masuk sebab aku rasa performance aku kat Dota nih makin teruk. Noob gila.

Tapi member-member Rage mesti cukup punya. Ada Li, Fik, Amin, Epi, Long, Stone pun dah ok dah. Aku nak datang tengok je. Hehehe...

Tournament diadakan di 4 tempat sepanjang bulan November 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://forum.lowyat.net/topic/1616348 dan jika ada sebarang masalah, sila hubungi individu yang post threads tuh. Hahaha..

Actually belum penuh lagi detail untuk tournament ni. Prize, registration, team slot bla bla bla... mungkin akan di update dari semasa ke semasa. So, bak kate orang putih.. "Stay tune".. Hee..

So kalau ada sape-sape yang berminat nak join, boleh comment kat sini atau SMS / Call aku dengan segera!

Aku jadi orang tengah untuk form team (aku tak main, berlagak jadi macam Manager jek).. Hahaha!

Sunday, October 24, 2010

Draft Game : Team dengan BgL - Aku Warder.. Hoho!

Saja-saja lepak kat Clan War Room 3. Bosan gila. Test-market dengan spam "Im alone. Decent." kat lobby room. Rezeki tu ada. Hahaha.. Aku di-invited untuk main dengan team BgL. Team tu agak famous gak la. Ramai kenal BgL. Hehe..

BgL-Hon3y panggil aku. Haha..

So dengan selamba je aku join. Diorang pro so aku tak kisah pun kalau aku feed. Hahaha.. So opponent adalah seperti berikut :

Im a stranger!!

Semua kat top tu BgL. Kecuali aku dengan y3w. Tapi y3w tu macam real-friend diorang je. Cheri-Snow tu sebenarnya BgL-SnoW. Hehehe..

Yeah. Hero bans & picks.
Game Mode : -cm then -ap (after remake)
|| Bans ||

Sentinel : Doombringer, Witch Doctor, Pugna | Drow Ranger, Rylai
Scourge : Tidehunter, Storm Spirit, Windrunner | Puck, Obsidian Destroyer


|| Picks ||

Sentinel : Lion POTM | Kunkka ||  Necrolyte, Ogre Magi
Scourge : Earthshaker | Vengeful Spirit, Alchemist | Venomancer, Enigma
P/S : Simbol  | = Ban & Pick Phase.
Oleh kerana game ni aku join team orang, so aku main ikut ape yang diorang nak. Asalnya main Ogre Magi. Tapi lepas remake, kena main Lion lak. Diorang suruh aku main warder.Wakaka.. Aku main belasah je. Tapi nasib baik tak kene kutuk / complain. Hehehe.

Lion's unstoppable ended. Huuu..
Best jugak main warder / supporter nih. Main duduk belakang² je. Hehe.. tapi kalau dah kena aim, tak best gak la.. hahaha..

Game Finished!

Ni je la item aku. Duit ade 4k tapi tak beli apa². Save slot untuk Town Portal dengan Wards. Nak beli Dagger tapi tak sempat. Haha... Next game diorang ajak lagi, tapi game tu tak habis. Sebab opponent punya player sorang tu hilang. Load game tapi dia tak join.

Tapi game tu dah nak menang dah. Aku main Rylai. Still warder. Huuuuu...

Masa untuk tido. Penat. Chow~ ...


Friday, October 22, 2010

Real or Fake??!!

Aku lepak kat room 22.. terjumpa sorang mamat ni. Aku tak kenal. Tapi kalau betul la ape yang dia cakap, memang DOTA = Dunia Orang Tanpa Awek  laaaa...

1st


2nd
Last
Pergh! Bahaya tol Dota nih.. Tu baru setahun kapel. Kena yang 5 tahun, GG la~!!  Hohohoho...

P/S : Aku kenal ManjaLara tuh.. Hehe..

Thursday, October 21, 2010

Updated : Dota Videos!

Haloooo! Aku dah update Dota Videos. Boleh usha kat sebelah kanan blog, bawah About Me.
Sebelum ni aku share beberapa video dota kepunyaan Holy_Hexor. So, hari ni aku tukar dengan video-video dota dari Channel 'The Bloody Massacre Productions" - Team Mineski VideoMaker.

Video yang boleh share kat tepi tu 4 video je. Kalau nak tengok lebih, boleh terus ke YouTube.
Kalau bosan, boleh layan. Nice video. Tak percaya, sila tengok sampai habis. Heeee... =)

Wednesday, October 20, 2010

Draft Game : Gedu lagi.. =)

Gedu memang sayang aku la.. Hahaha..

Malam tadi aku nak prepare teks untuk tazkirah hari ni. Lama2 aku jadi pening. So, dengan sengaja aku online garena. Saja tengok anak buah.

Masuk Clan War Room 4, tiba-tiba ada orang panggil. Hahaha...

Diorang nak revenge kot.

Main jugak aku 1 game dengan diorang. Hmm, tapi aku terlupa nak screenshot match ni. Maka, aku tulis je la detail kat sini. Hehe..

|| Bans ||

Sentinel : Sand King, Broodmother, Doombringer | Morphling, Medusa
Scourge : Pugna, Obsidian Destoyer, Ursa | Drow Ranger, Earthshaker

|| Picks ||

Sentinel : Pandaren | Rhasta, Vengeful Spirit ||  Kunkka | Queen of Pain
Scourge : Rylai, Centaur Warchief | Necrolyte | Phantom Lancer | Lich
                        
Players : Fikri 'Oni8', Apeng 'HemoHemo', OracleVyner, Mat 'Akira', Arip 'Kryu'

P/S : Simbol  | = Ban & Pick Phase.

Kitorang Scourge..Diorang ban Sand King aku. Pastu siap pick Panda aku. Gila ar! Terpaksa main Centaur. Huhuhu..

2-2 team main tri-lane kat bottom. QOP vs Necrolyte kat mid. Lich vs Kunkka kat top.

Centaur tank vs Panda tank. Necrolyte lak showtime sebab dia sapu semua. Hahaha.. PL lambat owning sebab kena farm. Tapi dapat jugak kill sampai Monster-Kill. Necrolyte jangan cakap la. Holyshit-shit-shit.. Hahaha..

Anyway, terima kasih kat Gedu and friends sebab sudi ajak kitorang draft. Dah 4 game dah. Diorang in-training-mode macam kitorang jugak kot. Ok la tu, sama-sama training. Heee..


Draft Game : Tahniah! Dua game lawan Gedu.. Heee =)

Aku bernasib baik. Semalam tengah tension. Agak moody. So aku nak lepas tension kat Dota. Heee...
Dapat plak 2 game draft. Team yang sama dengan sebelum ni.

Tempat : Clan War Room 4

Review Game 1 :

but really..that panda was WOW to me..  (Hahaha!)

Ni team yang main dengan kitorang kelmarin. Host ajak lawan. Tengah tunggu lagi 2 player. Diorang duk borak-borak pasal Panda kat game hari tu. Aku post kat entri sebelum ni pasal game dengan team ni. Hehehe..

So players adalah seperti di bawah :

Tak sempat nak screenshot Draft-Box. Hehe
EtyInFlamez ialah Mat a.k.a Akira. Game hari tu dia main Phantom Lancer. So, player adalah sama seperti game terdahulu. Hahaha..

|| Picks ||
 
 Sentinel : Lion, Ursa, Rylai, Morphling, Pit Lord 
Scourge : Sand King, Puck, Juggernaut, Witch Doctor, Tidehunter


Winner : Scourge!


Secara ringkasnya : 
  • Game ni fight. Over 60 minutes..
  • Diorang ketuk Roshan sampai 4 kali. 2 Aegis Ursa ambik. 2 lagi Morphling ambik. Cheese, Pit Lord yang punya! Hehe..
  • Sentinel punya wards | 30 + 2 + 12 = 44 wards! Gila kentang!
  • Scourge punya wards | 2 + 22 + 2 = 26 wards je..


So, next game diorang ajak lagi sekali. Kira kali ke-tiga draft dengan diorang. Hehehe..

Review Game 2 :

Game started!
Nak sentinel tapi tak dapat. Aku draft pun still kene First Pick. Tak best tol..

|| Bans ||

Sentinel : Sand King, Broodmother, Obsidian Destroyer, Earthshaker, Morphling
Scourge : Alchemist, Storm Spirit, Doombringer, Ursa Warrior, Drow Ranger

|| Picks ||

Sentinel : Enigma, Tidehunter, Lich, Sladar, Tiny
Scourge : Vengeful Spirit, Pandaren, Rylai, Kunkka, Medusa

Good Job : Scourge
Hmm.. game kedua habis cepat. Wards pun tak banyak. Biasa-biasa je. Tapi kesian kat Mat, ayat dia time game nak habis.. "..aku macam takde je dalam game ni" ... No komen! Hahaha!!

Sekian...




I like this quote! =)

Well, aku terjumpa satu quote. Dan aku suka gila ayat dia. Hmm, memang sesuai dengan semua perkara termasuk Dota. Hahaha. Tapi yang aku nak fokus bukan Dota, tapi pasal quote ni.

"..if you win, do not comment. If you lose, do not make a reason. Win does not mean you are the best but winning is because you try harder to be better than before"

Hmm.. baru aku faham kenapa orang kalau kalah Dota pun boleh relaks. Tapi banyak kali aku jumpa kat pub-games, kalau yang kalah tu marah-marah, cakap lag, delay, salah hero, maphack bla bla bla....

Yang menang pulak akan cakap kat opponent tu noob, train more please, dan yang seangkatan dengannya. Komen macam-macam. Siap kutuk lagi. Belum matang lagi kot. Hahaha..

So, mulai dari saat ni aku nak ikut macam ayat kat atas tu. Menang releks. Kalah pun still relaks. Hehehe...

Tuesday, October 19, 2010

Draft Game : Akhirnya...

Heee.. tiba2 makin banyak lak draft-game memanggil-manggil. Tak boleh tahan. Ni game main semalam.
Lepak2 kat Clan War Room 4. Tup2! Ade orang panggil. "Hemo,if you got 5 come join Potty".
Dalam hati aku, "Macam mana aku nak stop draft?Kalau macam ni la gaya nye~" Hoho..

"Ok. I got 5. Save slot for us. Coming~".

Diorang melayu jugak rupanya
So, player adalah seperti di atas. Dari atas ke bawah, Aku-Mat-Dolah-Awes-Fik. Usha nick aku, saje je bubuh macam tu. Heee..

Ni hero kitorang!
Kotak kat tepi tu, hero-hero draft kitorang. Aku noob drafter. So jangan gelak tengok hero yang aku ban & pick. Malu kot...Hahaha~


|| Bans ||

Sentinel  : DoomBringer, Broodmother, Enigma, Obsidian Destroyer, Tidehunter
Scourge  : Storm Spirit, Necrolyte, Earthshaker, Sladar, Death Prophet

|| Picks ||

Sentinel  : Pugna, Sven, Morphling, Witch Doctor, Priestess of the Moon
Scourge  : Rylai, Sand King, Pandaren, Phantom Lancer, Warlock

I love Pandaren!!

Yezza!! Mangix aku berjaya Holyshit!   =)

Scorebox je.
Oleh kerana host leave dengan pantas, aku tak sempat nak SS scoreboard game ni. So, ni je la yang tangan aku mampu snap. Itu saja untuk game ni. Tak larat nak story game-flow.
Yang penting, KAMI MENANG!  <-- Kecoh sial! Ok ar, chow...

Draft Game : LAN kat WCG Infinity

Dari Dota With Me, aku buat entri pasal main kat WCG Infinity hari tu. Kitorang start main lebih kurang pukul 8 malam. Dari pukul 8 sampai balik, dapat 1 game je -captains mode. Ada lagi 1 game lepas tu tapi tak sempat habis sebab CC tu restart server. Sengal sengal sengal...

Game yang satu ni kitorang kalah. Actually boleh menang kalau push awal, tapi diorang defend base sampai sanggup buyback hero. Pergh! By the way, sila tengok hero-hero opponent. Imba...hahaha...


Game started.
FreaKinO-| : Li    xFresh-| : Aku    toophat : Fik    e P i : Epi     xXZeOnXx : Arip


Triple kill by Arip.

Arip dapat triple kill. Jeless.. jeless..


Mid lane suda pecah, tapi...

Scoreboard. Kalah. Tengok wards diorang. Tiada wards. Kitorang 14 tuh! Hahaha..

Akhirnya, kalah jugak. Dah late game, 4 hero melee semua keras-keras. Tapi puas hati sebab game agak fight. 45/51. Tak la malu sangat. Hehehe...

Thursday, October 14, 2010

Berhenti dari Draft Game

Ahhh~  Oleh kerana keadaan Internet yang tidak stabil, diikuti dengan beberapa masalah dalaman yang dihadapi, ingin saya mengumumkan yang saya tidak akan ber-Dota dalam mode -captains mode untuk beberapa minggu. Yeah!!

Antara sebab-sebabnya ialah :
  1. Peruntukan masa dan kelancaran aktiviti sampingan yang perlu juga diberi perhatian.
  2. Berlakunya pembaziran masa dalam menunggu pemain-pemain untuk online.
  3. Juga pembaziran masa dan tenaga dalam mencari pihak lawan untuk draft-game.
  4. Ketidakseimbangan dalam memilih pemain-pemain (kutip je sape² yang online).
  5. Kurang latihan dari segi cara bermain, pemilihan hero dan juga kerjasama berpasukan.
  6. Tiada perubahan atau peningkatan sturuktur dan komponen permainan setelah bermain beberapa draft-game sebelum ini.
  7. Yang terakhir, tumpuan dalam memastikan prestasi kerjaya sentiasa berada pada tahap yang cemerlang (tidak dipengaruhi oleh Dota)
Wow!! Skema gila cara penulisan di atas. Hahaha!!

Aku nak stop draft-game. Tapi bkn stop terus. Aku nak train more at pub-games. Nak improve ganking & farming skills. Ops, lagi satu nak study replays. Maklumlah, tak reti sangat nak draft. So belajar ban & pick dari replays sampai draft-skill aku di tahap PERFECT!

Sorry ye kawan2.. Hahaha..Gua choww lu~!!

Wednesday, October 13, 2010

Macam nak join, tapi...

Berita gembira! Ada team invite aku join diorang untuk participate dalam Sri Iskandar Dota Open Championship. Yeah!! Tapi kalau tak cukup player la. Kalau dah cukup, tak dapat la nak join. Hehehe..

Akan tetapi, ada beberapa benda yang buat aku takut nak join (kalau di-invite) :
  • Aku takde transport nak pergi sana.
  • Aku tak pernah main dengan team tu sebelum ni.
  • Aku sedang mengalami malasah kewangan yang kurang serius.
  • Aku.. aku.. aku tak konfiden sebab tak tau ape role aku dan;
  • Aku train role killer je. Hohoho...

** Thanks to Li sebab ajak aku join team korang. **

Arghh~!! Tolong... tolong.... tinggal 2 hari je lagi!!

Tuesday, October 12, 2010

Draft Game : Aku digelar "Ha Mou" iaitu Katak!

Alkisah, lepas je kena tapau dgn Kyrie, dapat lagi 1 game. Draft. Tapi game ni paling lawak. Aku tak payah tulis panjang², aku bagi point-point je..Hahaha..

Sentinel (Opponent) :  Sand King, Venomancer, Storm Spirit / Ogre Magi, Pandaren, Goblin?!
Scourge (Kitorang)  :  Shadow Fiend, Witch Doctor, Sladar, Vengeful Spirit, Dark Seer

  •  Diorang ade 4 kawan, sorang lagi public (Pick)
  • Host draft-game, tapi remake sebab ocgassa disconnected. Bila remake, host taip -apso!
  • Dalam draft sepatutnya Pick tu main Storm Spirit, tapi lepas remake dia choose Ogre Magi! =.=
  • Goblin solo mid dengan SF (aku).
  • Sladar (Akira) habis masa tepat jam 12.00 tengah malam. So 4 lawan 5.
  • Lepas habis game, KuSo dengan Kids panggil aku Ha Mou (Katak) disebabkan nick aku HemoHemo.. Wakakaka!! Asyik panggil aku Ha Mou~ Ha Mou~ je dekat room. Hahaha...


Ahahahahaha!!

KuSo ambik nombor phone aku sebab dia nak repeat. Dia nak panggil pro pawn aku 99! Aku cap ayam je pun.. Huhuhu...

Draft game paling kelakar aku pernah main.. Hehehe..

Draft Game : Oh No! Tapau!

Setelah beberapa hari tidak ber-Dota, akhirnya malam tadi aku dikejutkan dari tidur oleh si Akira. Dia buzz YM aku sampai aku terjaga. Rupa-rupanya ajak draft, team dia tak cukup sorang.

Aku pun bangun, dengan mamai aku disuruh host-game. Last² opponent team cancel. Dengan rasa kecewa, aku masuk room 22, iklan macam biasa "Who got 5?"

"I got 5, Hemo join my game" balas Kyrie. Aku terus panggil Akira dan rakan-rakannya. Hahaha!!
Main captains-mode, aku di suruh draft. Nasib baik dah basuh muka. So, tak la blur sangat nak draft.. Hehe..

Tengah draft, aku pening. Pening memikirkan macam mana nak counter-pick hero diorang. Last-last, hero-hero yang bertuah untuk digunakan ialah (kami Scourge):

Sentinel : Rylai, Shadow Priest, Magina, Shadow Fiend, Tauren Chieftain.
Scourge : Lion, Priestess of the Moon, Sven, Puck, Drow Ranger.

Our Roster : Akira | Nero | CrazyCrome | MasterPro99 | Hemo[x]Hemo-|

Akira - Drow Ranger
Nero - Lion
CrazyCrome - Sven
MasterPro99 - Puck
Hemo[x]Hemo-| - POTM

Overall, teamwork opponent memang terbaik! Early kitorang boleh cari makan. Tapi dah late, agak sukar untuk memenangi sebarang war. Tauren (Kyrie) memang pro. Bagi aku, SF diorang pun tak pro macam Tauren. Hahaha...

Maybe cara aku main aku tak berapa nak ngam dengan gameplay team Akira kot. Dan game ni takde commander. Hehehe..

P/S : Aku tak sempat nak screenshot game ni.. lupa, nak cepat sebab ada next game.. draft-game juga..Hahaha!

Seri Iskandar Dota Open Championship : What Happened?

Ahhh~ Sad case.. Tak dapat join. Cari orang tapi yang available hanya 3 orang je termasuk aku. Li dah dapat cuti. Amin ikut Fik. Tapi Fik tak nak join sebab tak berbaloi. Betul jugak tu, Sri Iskandar jauh. Bayar tol, makan je semua dah around RM 60.00 - 80.00 sorang.

So perancangan terbaru, cari tournament yang dekat-dekat je. One more thing, lepas Fik habis exam baru boleh join tourney. Warder tengah study nak exam.. Hahaha!! Good luck to Fik!!

Thursday, October 7, 2010

Draft Game : Clan .DeM|

Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada semua yang main malam tadi. Dapat jugak main 2 game. So, macam biasa aku senaraikan player² yang mengambil bahagian dalam acara draft-mendraft semalam. Hohohoho..

Venue : Garena - Clan War Room 2
Players : Hemo[x]Hemo-| | Capero_rexX | Melty22 | [Voids] | Kryu

Sorry to bjt sebab tak dapat main. Actually aku dah panggil dia tapi tak berbalas. Rupanya dia tengah sibuk. Hehehe.. Next time la ek Munir.

Pada asalnya takde opponent nak draft. Tapi tiba-tiba ada orang panggil (time tu kat Clan War Room 4). Yang aku ingat nick dia ada My^Free....

My^Free : "Hemo, remember me? I played with u last night"
Aku : "Im sorry. I forgot already"
My^Free : "You are room 22 kaki right?"
Aku : Erm, not really. Why?"
My^Free : "Oh, nevermind. Hemo2..u got 5?"
Aku : "No, I got 3 for now. Finding 2 more friends right now"
My^Free : "Want draft with us?"
Aku : "Ok, but can we change room to Clan War Room 2? This room are not stable"
My^Free : "Ok. Lets go"

** Beberapa minit selepas tu, Melty22 dengan Capero-rexX pun join. Lega... dapat jugak cari player. **

My^Free ni ada ID lain. Patut la aku tak kenal dia. Rata-rata budak-budak kat room 22 tu aku kenal. Bila game kedua die guna ID [Gene]ChiVas, Hahaha.. yang tu memang aku kenal. Melayu jugak.

So, scoreboard untuk kedua-dua game malam tadi adalah seperti di bawah :


First game's Scoreboard

Arip kena paksa main Lion. VS dah kena ban awal-awal. Hahaha..Tapi takpe, game kedua dia dapat VS tu!! Taraaaaaaaa...!!


Second game's Scoreboard


Ops! Lupa lak nak bagitau yang drafter malam tadi bukan aku. Tapi Li a.k.a Capero_rexX. He is our guidance. Hehehe..

Ada beberapa scene dalam war yang sempat aku screenshot. Boleh tengok kat Photos Gallery.

Well, good job team~!!

Tuesday, October 5, 2010

Sri Iskandar Dota Open Championship!!

Yezza!! Ada 1 Dota tournament akan berlangsung di Seri Iskandar (dekat dengan UiTM), Perak.
Jadi, aku tengah mencari player² yang nak menyertai tourney nih

Tarikh : 16 Oktober 2010
Tempat : Infinitez Cyber Cafe (Area Bandar U)
Yuran Penyertaan : RM 60.00 (deposit RM 20.00)

Map : v.6.67c
Format : Liga dan kalah mati. (Group stage main liga, lepas tu kalah mati)
Team : 5-6 orang (sorang simpanan)

Detail boleh tengok kat sini : SI Dota Open Championship

Berminat? Sila hubungi saya A.S.A.P!

Sunday, October 3, 2010

Baru belajar main Dota?

Malam Sabtu hari tu lepak kat WCG Infinity, Setapak dengan Stone, Amin, Jambu dan Li. Tapi Li sampai lambat. So kitorang 4 orang main dulu.

Memandangkan dah ada 4 orang, aku pun cari la draft game. Dapat 2 game kot. Sorang lagi kitorang ambik pub je. Selamba je la asalkan dapat main draft. Hahaha..

Tapi malangnya, semua game malam tu kalah! Li dah datang pun still kalah! Adoiyai... Aku rasa macam baru belajar main Dota je. Noob gila! Infinity memang ramai yang pro. SF aku feed. Malu je.. Hahaha..

Tapi bukan semua game kalah. Ada happy ending kot.. Yea haaaa!! Game last main draft. Menang!! Puas hati. Balik boleh tidur nyenyak. Masing-masing muka serabai je. Aku dengan Amin je steady lagi..Wakaka!

Nak tau hero apa?

Sentinel : Zeus (Li) Rylai (Amin) Priestess of the Moon (Aku) Lich (Jambu) Skeleton King (Stone)
Scourge : Witch Doctor, Kunkka, Shadow Fiend, Naga Siren, Warlock

Early-game diorang pegang. SF tu awal-awal dah fat. Teamwork diorang pun not bad. Kitorang je yang kadang-kadang ada small mistake. Thanks to Li sebab command kitorang dalam game tu. Kalau masing-masing main macam biasa, memang dah kalah la. Hahaha..

Saturday, October 2, 2010

Lich Gush!!

Tahukah anda yang Lich ada skill Gush? Haha.. Tiba-tiba aku teringat time lepak main friendly-match kat CC Orange, Pandan. Lawan dengan team Orange.

Satu malam tu, yang main aku, Fik, Stone, Li dan lagi sorang aku dah lupa. Malam tu main 3-4 game jugak la. Lagi sorang tu Sengal kot. Aku pun dah lupa.

Sebenarnya Lich Gush ni time last game dan mamat yang sebut benda alah ni tak lain tak bukan, Fik! Hahaha..
Ada satu scene dalam war. Stone main Tidehunter. Biasa la bila dalam war mesti kadang-kadang tu panik sebab nak kill cepat.

So tengah sibuk dalam war, Fik perasan ada 1 hero dah nak mati terlepas lari. Punya nak menarik perhatian Stone untuk kill, die pun jerit dengan yakin dan lantang. "Lich Gush..!!" Hohoho... Memang dengar la satu CC tu. Dah la takde customer. Tinggal kitorang dengan Team Orange tu je yang main lagi. Hahaha!!

Habis je game, lepak minum kat Nurin. Semua stok kutuk Fik kaw-kaw. Kitorang pun tanya Fik, "Apsal ko tiba-tiba jerit suruh Lich Gush?"

Jawapan Fik, "Aku nak suruh Tide tu Gush. Tapi dalam kepala aku duk ingat yang Stone main Lich. Game sebelum ni kan dia main Lich je." Hahahaha!

Sampai sekarang dia kena bahan. Asalkan ada point je, confirm kena.. Legend kot Lich Gush!! Wakakaka..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...