Thursday, January 13, 2011

Walrus?? Punch Punch Punch!!

Tengok tajuk pun dah tau. Apa itu Walrus? Kenapa punch punch punch? Jom kaji apa menatang alah ni..  =)

Sebenarnya Walrus ni hero baru dalam map 6.70. Nama betul dia Ymir The Tuskarr. Hero yang gemok, pendek, tapi comel! Sekarang ni Tuskarr hero feveret aku.. Jangan bagi aku dapat pick Tuskarr sebab nanti aku syok sendiri. Hahahaha...

Hero ni karakter macam Walrus. Sebab tu ultimate dia ada tertulis "Walrus punch!" 

Gagah bukan?! Ini hanya illustrasi yang gagah. Jom tengok in-game character..


 Comel bukan??


 Icon dalam Dota


Animation of Tuskarr


So skills dia best. Memang imba. Sangat variasi. Main sekali memang tak puas sebab combo dia sorang je dah boleh kill 1 hero (early game)..



Ice Shard : Cast range 1500 (Pudge's Hook pun baru 1100), Duration 5 seconds, Max damage 280, Manacost 120 je dan part yang paling best, Shards block path! Boleh block jalan lagi² bila chase kat rune/jalan sempit kat Neutral Creeps.  =)


Snowball : Cast range 1250. Max damage 160. Ada stun max 1.0 seconds. Manacost 75 je? Part paling syok boleh travel dengan bawak allies. Snowball ni moves ikut movement speed hero. (buat Boot of Travel kalau nak travel laju). Sebab lepas 4 seconds, snowball akan stop.

Frozen Sigil : Skill ni best untuk survive, chase dengan support team dalam war. Ada slow semua enemy units dalam 600 range (AOE). Manacost 75 sec, cooldown 50 sec, duration 30 sec. Slow MS / AS - 25% / 60% at level 4. Best lawan hero melee carry. Nak hit slow gila kot. 


Chilling Touch : Skill ni la yang ada Walrus Punch!! Damage 100/200/300. Critical strike 2.5x (tapi 4x kalau enemy punya HP bawah dari 50%). Memang imba! Aku pernah punch sampai 960 damage! Best siotttt....Lepas lambung, bila landing ada slow 40%. Duration lak 2/3/4 seconds. Ni paling best gila - Cooldown 18/16/14 seconds!!

Item feveret aku : Boots of Travel. Battle Fury. Mask of Madness. Basher. Black King Bar / Blademail.


Lagi gambar Ymir The Tuskar, si Punch Punch Punch!!



Well, sangap pulak aku nak main lepas update pasal Tuskarr nih... Fik, mana kau! Jom main!  =)
        

Monday, January 3, 2011

Map Dota baru dari IceFrog - Version 6.70c

Map terbaru dari IceFrog sempena Hari Krismas yang lepas. Map yang asal v6.70. Ada 2 hero baru & 3 item baru. Yang lain-lain tu macam biasa la, bila ada map baru mesti ada ubah-ubah skills sikit, hero sikit, map sikit dan sebagainya. 

Tapi bila orang dah try dan jumpa bugs, IceFrog akan fix-bugs yang ada dan release map yang baru.. Apa pun yang penting, Snowman dengan Santa Hat wajib ada (macam map yang release time Krismas tahun lepas).  =)


Dota Allstars v6.70c

Map kali ni tak banyak yang berubah. Ada sikit-sikit je. Yang paling penting, hero baru dengan item. Kalau nak tahu lebih lanjut, rajin-rajinkan lah baca changelogs kat http://www.playdota.com/changelogs/6.70c

 ** Layan hero-hero baru sementara tunggu Dota 2 memunculkan dirinya **
    

Wednesday, December 29, 2010

HoN versus DoTA

Genap seminggu aku main HoN. Tiba-tiba rasa nak share kat sini pasal pro & cons compare dengan Dota.
Macam yang kita tahu, HoN ni game yang telah di adaptasi dari Dota. Map sama. Gameplay pun sama. Ada creep, tower, runes, Roshan, dan lain-lain.

Macam yang aku tengok, HoN tak la tiru bulat-bulat material kat Dota. HoN dah tukar macam-macam antaranya struktur map, karakter setiap hero (appearance and skills), items, shops, dan banyak lagi.

Tapi ape yang aku nak tekankan pasal HoN ialah pro & cons-nya iaitu :

Pro : -
  • Game Reconnection : Kalau dalam game tiba-tiba ter-disconnect; katakanlah cable network tercabut ke, game masih boleh diteruskan hanya dengan re-login HoN dan akan ada pop-up "300 second to reconnect!" - click Reconnect dan enjoy game tadi.
  • Leaver Protection : Setiap akaun akan ada rekod bagi setiap game yang dah main. Auto-record. Leaver akan ada penalty. So, kalau nak main boleh check statistik akaun orang lain samada peratus leaver dia tinggi ke tak.
  • Stats Tracking : Setiap akaun akan ada win / lose record, leave game percentage, kills / death ratio, last 20 games played (blh tengok balik score game yang lepas² dengan info² lain skali eg; date, time & winner) dan banyak lagi.
  • Team Balance : Sebelum game start, host boleh balance-kan team. So player akan bertukar team secara automatik mengikut PSR (tengok pada Win / Lose rate). So takde lah 1 team tu semuanya noobs.
  • Lock Slot : Boleh lock slot kalau ada member. So bila teambalance, slot yang dah lock tu takkan bertukar. Boleh main dengan member dalam masa yang sama game tu balance. Nice!
  • No Hacks! : Tiada hack dalam HoN samada maphack / custom kick / bug map dan sebagainya.
  • Server Hosting : Host untuk semua game bukan player yang host tapi server. Boleh create game tapi yang host ialah server. So, game akan smooth sebab speed base on server.
  • Clan systems : Tak perlu level 25 (macam kat Garena) untuk buat clan sendiri. Dan setiap clanmate akan ada tag secara automatik. Contoh nickname: Abu. Clan tag : OMG. So, nickname akan jadi [OMG]Abu. Tak perlu nak buat id sama setiap clanmate. Kalau leave clan, nama kembali pada asal, tiada tag.
  • Banyak lagi! Tak larat nak cerita dah. Kalau nak tau, sila main HoN. Hahaha..


Cons : -
  • Not User-Friendly : Banyak icon / features yang tak user-friendly. Icon kecik, gelap (susah nak cari, kalau tengok macam tak boleh click je)
  • Graphics : Game yang mempunyai grafik yang sangat tinggi. Kalau grafik kad tak cukup kuat, game boleh crash & auto-quit. Sukar untuk mereka yang mempunyai PC tetapi grafik kad kurang momentum untuk bermain HoN.
  • Installer & Beta keys : HoN perlukan installer. Nak install lak sangat lama. Lepas install, nak main kena ada beta keys untuk register akaun & activate. Tak seperti Dota yang mana just copy and paste folder Warcraft 3 dan boleh terus main.
  • Server Maintenance : Bab ni normal kot. Time ni game akan ada lag / spike. Kadang-kadang game tak di-record. Ratio tak berubah.
  • Heroes, Skills & Items : Banyak hero Dota yang takde dalam HoN. Contohnya Pugna. Penampilan hero pulak ada yang mengarut. Skills dah diubah jadi ada skills yang tak menarik. Items ok la tapi bagi aku susah nak faham sebab bila click satu-satu item, nanti dia lari pegi windows item lain pulak.



Sesi pick hero :

- 0:12 tu timer untuk pick hero.
- kalau nak random, click dadu kat atas timer tuh.
-kalau nak repick atau swap hero, click kat icon bulat kecik bawah nama player.
- nickname yang ada tag tuh dah ade clan.
-kat kiri/kanan circle hero tu boleh add buddy, check status, lock slot & send IM.
- ada channel kat kiri chatting box. Game tu chat dalam game. Match id tu akan appear chatlogs korang berborak dalam game dari awal sampai habis.
- right click kat nama player kalau nak swap slot atau kick player.



 
 Account Statistics

- ada win / lose winning percentage.
- leave percentage.
- most played hero pun ada.
- kills / death / assists ratio pun ada.
- wards place kalau ade main wards.
- kills neutral creep pun ada record!
- ada rekod brape kali dapat 1st blood, triple kills, wicked sick bla bla bla.. 
- boleh tengok balik last 20 matches punye scoreboard. 

Senang ada sistem macam nih. Boleh trace leavers / feeders..

Tapi bagi aku, Dota tetap best! Game yang mudah difahami, tak leceh, hero & skills lebih menarik. Dota jadi tak best sebab full of hacks and leavers! Kalau sistem Dota macam HoN, confirm umat-umat yang bermain HoN akan lari bertempiaran mendapatkan Dota. 

Mintak-mintak la Dota 2 ada sistem macam HoN............


 

Tuesday, December 28, 2010

Dota kat Orange!

Aku sangkakan weekend aku bosan tahap dewa, rupanya tidak! Seronok².. Sebab ada orang ajak main Dota kat Orange. Main suka-suka je pun tapi best sebab main combo baru. Hahaha..

Ni yang seronok bila main dengan kawan-kawan. Takde leaver. Takde flamer/dotards. Hampir kesemua game malam tuh (2 malam - Jumaat & Sabtu) berakhir dengan kemenangan 20 - 30 minit.

** Dotards tu orang yang main Dota bila mati-salahkan-teammate-padahal-salah-dia. Ataupun, dia je yang pro, orang lain noob. Nak kena ikut cakap dia baru boleh menang. Stok menyumpah² mak bapak pun ade dan contoh-contoh yang seangkatan dengannya **

Tapi ada dapat 1 game draft & 1 game dengan budak2 Orange tuh. Menang bergaya. Hehehe.. Tapi sorang tu bengang gila dengan budak-budak team dia. Mengamuk kaw-kaw. Diorang pun dalam CC Orange, so kitorang boleh dengar apa yang dia marahkan. Kitorang nak gelak pun tahan je. Kang lagi teruk pulak. Haha..

Dorang ajak main draft nanti.. Nak revenge sebab tak puas hati kalah 20 minit. Padahal kitorang tak lansi pun. Dia nak bawak 5 orang.Kitorang pun iye kan aje...

"Nanti korang bawak 5 orang. Aku bawak 5 gak. Set time. Kita draft", kata salah seorang daripada mereka (yang tengah bengang tuh)


"Ok", jawab Li ringkas.

So aku tunggu je kalau ada game. Ada orang ajak, aku main je. Lebih mudah jika begitu..   =)

P/S : Tetap seronok walaupun main hero yang sama banyak game.. Selamba je main hero yang aku tak pernah train. Hero apa?? Wakakaka!!


Mogul Khan Touch This!
 
Oleh kerana itu game yang terakhir malam tuh, kitorang pun bayar dan beredar lalu menuju ke RNK (Restoran Nasi Kandar) kat Ampang. Sesi kutuk mengutuk pun bermula sehingga subuh. 'Sengal' paling banyak kena bahan. Kasihan beliau... =)


 

Thursday, December 23, 2010

Tiada lagi kisah tentang Dota

Buat masa sekarang, aku dah tak update lagi cerita² pasal Dota nih. Sebab-musababnya ialah kerana jiwa rasa kosong apabila bermain Dota. Kalau dalam bahasa Spanish bunyinya "No feel, no passion".. =)

Jadi kat blog nih takkan ada lagi entri-entri pasal Dota termasuk la replays dan sebagainya SEHINGGALAH Dota 2 release! Wakakaka.. Apa itu Dota 2??

Aku malas nak translate. Click gambar bawah ni dan baca la sendiri. Haha..



Panjang sangat nak baca? Batalkan niat anda untuk membaca dan teruskan dengan menikmati beberapa gambar hero dalam Dota 2 kat bawah nih..  Cheers!



Morphling



 Bloodseeker




Traxex - Drowranger




Tinker???!




Lina Inverse - SO HOT!!!!


Tak sabar dowh nak main Dota 2 nih!! Cepat la kau muncul wahai Mac, 2011 ... Wuuuu...

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...