About Me

Nama sebenar adalah dirahsiakan. Kebanyakan orang panggil aku Apeng. Sebab nama ni dah bertahun-tahun melekat kat aku. Tapi paling best bila ada orang panggil aku Hemo Hemo. Hahaha..

Actually nama Hemo Hemo ni aku ambik dari cerita kartun Ninja Boy (rugi sape tak tengok kartun ni). So dalam cerita tu ada seekor kucing yang suka mengeluarkan satu bunyi untuk macam-macam reaksi. Senyum ke, faham ke, marah ke..tapi bunyi yang dia buat sama je iaitu "Hemo Hemo!" Comel kan? Wakaka!!

So dari situ la aku ambik nama Hemo Hemo ni.

Antara hobi aku, menatang Dota ni la. Agak lama jugak aku berkecimpung dalam arena Dota ni. Kalau tak silap aku, ada la dalam 1, 2 tahun kot. Eh, rasanya 3 tahun. entah, aku pun dah lupa!! Tapi yang confirm memang lebih dari 1 tahun.

Sebab tu kadang-kadang aku addict main Dota nih. Sampai time sangap gila, layan Dota sampai ke subuh. Lagi-lagi bila ada tournament. Tapi sekarang kaki-kaki nak berdota dengan aku dah kurang. Tak macam dulu. Masing-masing dah ada kerjaya la katakan. Hahaha..

So antara yang masih bergiat aktif bersama-sama aku dalam kancah pen-Dota-an ni ialah Fik Oni, Aren, Mat, Amin, Arip Botak, Stone, Li, Munir, Apiz, Long, Falah dan yang terbaru, Epi! Yeah...

Diorang ni kalau tak online, memang aku tak main la. Hohoho!

Sila baca 'About Me' kat sebelah kanan page ni.. Hehe..

Secara ringkas pasal team aku :

Actually aku ada banyak team yang semuanya dihasilkan oleh aku sendiri. Tapi paling lama bertahan ialah team yang sekarang ni masih aktif di persada Garena dan Local Area Network, RAGE.

Berikut adalah nama-nama team yang pernah aku hasilkan :
  • [Nz]    - Noob Zone
  • FiO     - Freak In Onslaught
  • Xcore  - Extreme & Hardcore
  • Rage`  - 
Note : Nama team berubah-ubah adalah kerana terdapat perubahan & pertukaran core-members (First-Five-Players)

So, senarai ahli-ahli Rage ialah (Nickname seperti di Garena) :

  • Apeng  -  Hemo[x]Hemo-|  / DexteriousS
  • Fikri     - [Nz]-Oni8 
  • Amin    -  Arms_Brago 
  • Aren    -  aren2426 
  • Long    -  Rage.  / YourCourier
  • Munir  -  bjt 
  • Epi       -  [Rage]S|aYer 
  • Arip     -  Kryu 
  • Stone   -  sengalgay 
  • Falah   - ocgassa
  • Akim    - SK_Rcame 
  • Mat     -  Akira  / EtyInFlamez
  • Zaidi     -  RuthL3SsOn3

** Sebarang pertambahan ahli-ahli baru akan di update disini. **

Sepanjang aku dengan Rage, ada jugak tournament yang kitorang masuk. Tapi sekarang dah kurang, sebab masing-masing ada komitmen dengan kerja @ aweks. Tapi kalau ada peluang, memang kitorang masuk je mana-mana tournament, asalkan semua roster free, available dan ready untuk masuk tournament.

Pencapaian Rage tak la sehebat team-team macam Nirvana.my, MuFc, iRx atau LeaP Gaming. Hahaha!!
Rage ni bagi aku rank upper-beginner (noob kelas atasan) je. Tak la pro mana pun. Tapi kalau main, ada jugak la fight. Hehehe..

So far, Rage's best achievement is 2nd place in UCG Tournament, Perak 2010.

Setakat ni je la aku mampu mengarang. Hahaha! Sekian... Chow~!!

Yang benar,

Hemo Hemo




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...